Abjad Thai
From Wikipedia, the free encyclopedia
Abjad Thai atau Aksara Thai (Bahasa Thai: อักษรไทยcode: th is deprecated , àksŏn thai) digunakan untuk menulis bahasa Thai dan kebanyakan bahasa-bahasa kaum minoriti di Thailand. Abjad ini terdiri daripada 44 huruf konsonan (พยัญชนะcode: th is deprecated phayanchaná) dan 15 tanda vokal (สระcode: th is deprecated , sàrà) yang membentuk sekurang-kurangnya 28 bentuk vokal, dan empat tanda nada (วรรณยุกต์code: th is deprecated wannayúk atau วรรณยุตcode: th is deprecated wannayút).
Aksara Thai | |
---|---|
Jenis | |
Bahasa | Thai, Thai Selatan |
Pencipta | Raja Ram Khamhaeng |
Tempoh masa | 1283–kini |
Aksara induk | |
Aksara turunan | Lao |
Arah tulis | Kiri-ke-kanan |
ISO 15924 | Thai, 352 |
Alias Unikod | Thai |
Julat Unikod | U+0E00–U+0E7F |
Tulisan Thai berbentuk abugida, yang mana huruf konsonan diiringi bunyi vokal, iaitu sama ada 'a' atau 'o' melainkan disertakan tanda vokal. Huruf-huruf konsonan ditulis secara melintang dari kiri ke kanan, sementara tanda vokal diatur di atas, bawah, kiri, kanan atau mengapit huruf konsonan padanannya.
Tulisan Thai juga merangkumi angka Thai yang berasaskan sistem angka Hindu-Arab (ตัวเลขไทยcode: th is deprecated , tua lek thai), tetapi angka Hindu-Arab bergaya Barat (ตัวเลขฮินดูอารบิกcode: th is deprecated , tua lek hindu arabik) juga laris digunakan.
Abjad Thai diterbitkan daripada tulisan Khmer lama, iaitu sejenis gaya penulisan Brahmi selatan yang bernama Vatteluttu atau tulisan Pallawa. Mengikut tradisi, abjad Thai dicipta pada tahun 1283 oleh Raja Ramkhamhaeng (Bahasa Thai: พ่อขุนรามคำแหงมหาราชcode: th is deprecated ).