Aksara Rejang
huruf-huruf kuno yang dipakai untuk bahasa Rejang / From Wikipedia, the free encyclopedia
Aksara Rejang, Kaganga, atau Surat Ulu ialah sejenis aksara abugida dari keluarga aksara Brahma, dan berkerabat dengan aksara serantau dengannya, seperti aksara Batak, aksara Lontara, aksara Ogan, aksara Rencong, dan lain-lain. Aksara Rejang merupakan ahli dalam kumpulan kerabat aksara Surat Ulu yang merangkumi lainan aksara Bengkulu, Lembak, Lintang, Lebong, dan Serawai. Aksara lain yang berkait rapat, dan kadangkala termasuk dalam kumpulan Surat Ulu, ialah aksara Rencong (Kerinci) dan aksara Lampung. Aksara Rejang digunakan sebelum pengenalan Islam ke kawasan Rejang; dokumen yang terawal dibuktikan tampaknya bermula dari pertengahan abad ke-18 TM. Aksara Rejang kadangkala juga dikenali sebagai aksara Kaganga mengikut tiga huruf pertama dalam abjadnya (ka, ga, nga). Istilah Kaganga tidak pernah digunakan oleh pengguna komuniti aksara tersebut, tetapi ia dicipta oleh ahli antropologi Beritis Mervyn A. Jaspan (1926–1975) dalam bukunya Folk literature of South Sumatra. Redjang Ka-Ga-Nga texts. Canberra, Universiti Kebangsaan Australia 1964.
Aksara Rejang ꥆꤰ꥓ꤼꤽ ꤽꥍꤺꥏ | |
---|---|
Jenis | |
Bahasa | Melayu, Rejang |
Tempoh masa | ?–kini |
Aksara induk | |
Aksara kerabat | Bali Batak Baybayin Jawa Lontara Makassar Sunda Kuno Rencong |
Arah tulis | Kiri-ke-kanan |
ISO 15924 | Rjng, 363 |
Alias Unikod | Rejang |
Julat Unikod | U+A930–U+A95F |
Aksara Rejang telah digunakan untuk menulis penulisan dalam bahasa Melayu dan bahasa Rejang, yang kini dituturkan oleh kira-kira 200,000 orang yang tinggal di tanahtinggi baratdaya pulau Sumatera, Wilayah Bengkulu utara, sekitar Argamakmur, Muaraaman, Curup, dan Kepahiang, dan juga di kawasan Rawas Wilayah Sumatera Selatan, berhampiran Muara Kulam. Terdapat lima loghat utama bahasa Rejang: Lebong, Musi, Kebanagung, Pesisir (semuanya di Wilayah Bengkulu), dan Rawas (di Wilayah Sumatera Selatan). Kebanyakan penggunanya tinggal di kawasan luar bandar yang agak terpencil, iaitu kurang separuh daripadanya celik huruf.
Korpus aksara Rejang tradisional terdiri utamanya daripada naskhah upacara, mantera perubatan, dan puisi.