Hanyutan benua
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana ini mengenai pembangunan teori hanyutan benua sebelum 1958. Untuk teori pergerakan benua moden, sila lihat Plat tektonik.
Teori hanyutan benua menyatakan bahawa benua-benua Bumi bergerak berbanding satu sama lain di atas dasar lautan. Teori ini mula-mula dicadangkan oleh Abraham Ortelius pada tahun 1596.[1] Konsep ini lalu dibangunkan dan diperkenalkan oleh Alfred Wegener pada tahun 1912. Teori hanyutan benua kini diikuti oleh teori plat tektonik yang menjelaskan pergerakan benua-benua Bumi dengan lebih tepat.