Tan Cheng Lock
ahli politik Tanah Melayu / From Wikipedia, the free encyclopedia
Tun Dato' Sir Tan Cheng Lock SMN DPMJ KBE JP (Cina Ringkas: 陈祯禄code: zh is deprecated ; Cina Tradisional: 陳禎祿code: zh is deprecated ; pinyin: Chén Zhēnlù, 5 April 1883 – 13 Disember 1960) ialah seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949.
Tan Cheng Lock | |
---|---|
陳禎祿code: zh is deprecated | |
Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) pertama | |
Dalam jawatan 27 Februari 1949 – 27 Mac 1958 | |
Didahului oleh | Parti baru ditubuhkan |
Digantikan oleh | Lim Chong Eu |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1883-04-05)5 April 1883 Melaka, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 13 Disember 1960(1960-12-13) (umur 77) Melaka, Malaysia |
Parti politik | Persatuan Cina Malaysia (MCA) |
Pasangan | Yeo Yeok Neo |
Anak-anak | 1. Tun Tan Siew Sin (L) 2. Tan Kim Tin (P) 3. Wee Geok Kim (P) 4. Alice Tan Kim Yoke (P) 5. Agnes Tan Kim Lwi (P) |
Pekerjaan | Ahli perniagaan |
Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk politik, pendidikan, dan kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan ekonomi. Selain daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga mempergunakan memorandum dan petisyen dalam pengemukaan persoalan-persoalan. Seorang peranakan yang, berbeza dengan pendatang-pendatang Cina di Tanah Melayu, merupakan rakyat British, ini adalah asas untuk kebangkitan pengaruh beliau di bawah pemerintahan British.