Orang Acheh
Kaum etnik yang berasal dari pada Aceh di pulau Sumatra / From Wikipedia, the free encyclopedia
Orang Aceh (Akhir, Achin, Asji, A-tse dan Atse) ialah nama sebuah etnik yang berasal daripada hujung utara Pulau Sumatra iaitu provinsi Aceh, Indonesia. Mereka beragama Islam, Orang Aceh mempunyai beberapa nama lain seperti Lam Muri, Lambri. Bahasa ibunda yang dipertuturkan sesama mereka adalah Bahasa Aceh yang memiliki hubungan dengan rumpun Bahasa Melayu-Polenesia Barat seperti Bahasa Cam tuturan oleh masyarakat Campa di Kemboja dan Vietnam.
Kawasan ramai penduduk | |
---|---|
Aceh, Indonesia, Malaysia, Amerika Syarikat, Singapura, Eropah, Australia, Paraguay | |
Bahasa | |
bahasa Aceh, dan bahasa-bahasa Melayu (termasuk baku Malaysia, baku Indonesia, loghat Kedah[1]) | |
Agama | |
Islam Sunni | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
suku Gayo, suku Melayu dan Orang Cham |
Orang Aceh sebenarnya adalah keturunan dari berbagai suku, kaum, dan bangsa yang menetap di tanah Aceh. Pengikatan perpaduan budaya puak Aceh terutama dalam bahasa Aceh, agama dan adat resam.
Mengikut anggaran Biro Pusat Perangkaan Kerajaan Indonesia tahun 2010, bilangan suku Aceh mencapai 3,526,000 yang kebanyakannya tinggal di Provinsi Aceh, Indonesia. Sebagai tambahan kepada Indonesia, terdapat juga sejumlah besar minoriti diaspora Aceh di Malaysia[2][1], Australia [3][4], Singapura [5], Jerman [6], Kanada [7][8], Amerika Syarikat [9], Eropah, Arab Saudi[10], Paraguay[11] dan negara-negara Skandinavia [12][13].
Orang Aceh pada zaman pra-moden hidup dengan matrilok dan komuniti. Mereka tinggal di penempatan-penempatan kampung (dalam bahasa Aceh: gampong) yang seikat membentuk mukim. Masa keemasan budaya Aceh dimulai pada abad ke-16, bersama dengan kejayaan Kesultanan Aceh, dan kemudian mencapai puncaknya pada abad ke-17. Orang Aceh biasanya dikenali sebagai pemegang amanah ajaran Islam, dan juga sebagai pejuang militan terhadap penaklukan penjajah Portugis dan Belanda.