K'gari
From Wikipedia, the free encyclopedia
K'gari[1] (nama dahulu: Pulau Fraser; bahasa Inggeris: Fraser Islandcode: en is deprecated ) adalah sebuah pulau terletak di sepanjang pantai tenggara di wilayah Wide Bay – Burnett, Queensland, Australia. [2] [3] kira-kira 250 kilometer dari Brisbane.[4] Pulau ini dianggap sebagai pulau pasir terbesar di dunia dengan panjang kira-kira 123 kilometer dan lebarnya lebih kurang 22 kilometer.[5] keseluruhannya seluas sepanjang 1,840 kilometer persegi (710 bt2)[5] serta juga pulau terbesar milik Queensland, pulau keenam terbesar di kawasan benua Australia dan pulau terbesar di pantai timur negara tersebut.
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Pulau K'gari dari foto satelit | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama rasmi | K'gari |
Termasuklah | Dingo |
Inskripsi | 1992 (sesi ke-16) |
Laman sesawang | https://parks.des.qld.gov.au/parks/kgari-fraser |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Fraser Coast Region, Queensland, Australia |
Koordinat | 25°14′S 153°09′E |
sunting · sunting di Wikidata |
Pulau ini terangkum dalam tanah adat masyarakat peribumi orang Butchulla dalam wilayah pemerintah daerah Wilayah Pantai Fraser.[6] Ia diwartakan sebagai suatu kawasan "warisan negara" oleh Majlis Warisan Australia pada 21 Mei 2007.[7] Ia kemudiannya dijadikan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1992.[8]