From Wikipedia, the free encyclopedia
Parti Keadilan Sejahtera (Indonesia: Partai Keadilan Sejahtera atau singkatannya PKS (sebelum ini Partai Keadilan atau PK)) ialah sebuah parti politik berasaskan Islam yang mempunyai perwakilan dalam Parlimen Indonesia. Parti ini ditubuhkan pada 20 April 1998 bermula daripada gerakan dakwah Islam sejak 1980-an. Pilihan raya umum Indonesia 2019 merupakan pilihan raya umum kelima yang disertai parti ini.[10]
Partai Keadilan Sejahtera | |
---|---|
Ketua Majlis Syura | Salim Segaf Al-Jufri |
Presiden | Ahmad Syaikhu[1] |
Setiausaha Agung | Aboe Bakar Al-Habsyi |
Ditubuhkan | 20 July 1998 20 April 2002 (nama sekarang) | (sebagai Partai Keadilan)
Ibu pejabat | Jakarta |
Sayap belia | Garuda Keadilan Gema Keadilan PKS Muda |
Ideologi | |
Penggabungan antarabangsa | Ikhwanul Muslimin |
Slogan | Bersama Melayani Rakyat |
Laman sesawang | |
www |
Penubuhan PKS mempunyai kaitan rapat dengan gerakan mahasiswa Islam yang muncul sebagai tindak balas terhadap tekanan politik pemerintah Orde Baru terhadap umat Islam. Gerakan ini dikesan dengan semaraknya kegiatan pengajian Islam dan meluasnya penggunaan tudung di pusat pengajian tinggi konvensional Indonesia pada era 1980-an.[11]
Dengan latar belakang pengasasnya yang sebahagian besar adalah anak muda terpelajar, PKS memperoleh dukungan paling banyak di bandar.[12] Dalam pilihan raya umum Indonesia 2004, parti ini mendapat 7.3% sokongan kebangsaan, melonjak dari pungutan undi pada pilihan raya umum sebelumnya yang hanya mendapat 1.36%.[13] Pada pilihanraya saat itu, PKS menggunakan cogan kata "Bersih dan Peduli". PKS meletakkan tokoh-tokoh muda sebagai calon pilihan untuk dicadangkan sebagai gabenor, bupati, dan datuk bandar (wali kota) melalui pemilhan kepala daerah secara langsung yang diadakan sejak 2005.[11]
PKS menjadi pengumpul undi keempat terbanyak hasil pemilu 2009 seiring meluasnya sebaran pengundi PKS. Peningkatan kemenangan yang diperoleh PKS dalam pemilihan ketua daerah (pilkada) serentak yang diadakan sejak 2015 sama ada menerusi cara bekerjasama dengan parti lain ataupun mencalonkan wakil sendiri telah mematahkan dominasi Golkar dan PDI Perjuangan.[10][14][15]
Menjadi kelaziman pada parti ini terlibat dalam program khidmat masyarakat, pemberdayaan masyarakat, dan bantuan kemanusiaan.[11] Dengan sistem pengkaderan yang tersusun, PKS membangun keseragaman kadernya. Kader PKS membiayai sendiri keterlibatan diri mereka dalam agenda politik dan tidak bergantung pada tokoh. PKS secara konsisten memberikan sokongan terhadap perjuangan umat Islam di seluruh dunia juga menerusi kempen seperti lobi di Parlimen, demonstrasi, mahupun pengumpulan dana. Dalam setiap demonstrasi ataupun kempen mereka, PKS dianggap "menunjukkan contoh" mengerahkan massa dalam jumlah banyak dengan tertib dan aman.[11]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.