Panglima Tentera Nasional Indonesia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Panglima Tentera Nasional Indonesia (disingkatkan kepada Panglima TNI) adalah jawatan tertinggi dalam Tentera Nasional Indonesia. Jawatan ini disandang oleh Jeneral/Laksamana/Marsyal udara empat bintang yang dilantik dan melapor terus kepada Presiden Indonesia.
Panglima Tentara Nasional Indonesia | |
---|---|
Panglima TNI | |
Tentera Nasional Indonesia | |
Anggota bagi | Kabinet Indonesia |
Lapor kepada | Presiden Indonesia |
Bidang kuasa | Indonesia |
Dibentuk | 1945 |
Pemegang pertama | Jeneral Soedirman |
sunting · sunting di Wikidata |
Panglima rasmi pertama Tentera Nasional Indonesia ialah Jeneral Soedirman, pada masa itu dikenali sebagai "Panglima Besar Tentara Keselamatan Rakyat" sebelum kemudiannya dipanggil "Panglima Tentara" dan "Panglima Angkatan Perang" Republik Indonesia. Sebagai panglima pertama, Jeneral Soedirman tidak dilantik oleh Presiden Indonesia, sebaliknya dipilih oleh Pegawai Kanan Angkatan Keselamatan Rakyat dalam mesyuarat yang dikenali sebagai Persidangan Angkatan Keselamatan Rakyat pada 12 November 1945. Sebelum pelantikan Jeneral Soedirman, jawatan ini disandang oleh Lt. Jen. Oerip Soemohardjo secara sementara[1]
Kini, jawatan ini disandang oleh Laksamana Yudo Margono, seorang askar tinggi Angkatan Laut Indonesia, yang dilantik oleh Presiden Joko Widodo pada 19 Disember 2022.[2]