Masakan dari Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia
Osechi-ryōri (御節料理 , masakan Osechi) adalah masakan yang disiapkan untuk menandakan bergantinya musim, dan sekarang digunakan untuk pelbagai makanan istimewa untuk merayakan tahun baru di Jepun. Sering cuma disebut Osechi atau Shōgatsu-ryōri (正月料理 , masakan tahun baru).
Makanan tahun baru disusun rapi di dalam kotak kayu bersusun yang disebut jūbako (重箱 ). Pada umumnya hanya lauk yang diatur di dalam kotak kayu bersusun yang boleh disebut masakan osechi. Kotak kayu bersusun untuk masakan osechi dipercayai sebagai lambang keuntungan yang berlipat-ganda.
Dalam bahasa Jepun, istilah "osechi" dahulunya bermaksud pergantian musim yang dikenal dengan sebutan sechi-nichi atau sekku. Hari pergantian musim dirayakan dengan memasak makanan khusus yang disebut Osechi-ryōri (masakan pergantian musim).
Sejak zaman dahulu, awal tahun baru (1 haribulan 1) merupakan salah satu hari pergantian musim (sechi-nichi) untuk merayakan kepulangan dewa padi ke gunung. Kini, perayaan tahun baru merupakan satu-satunya perayaan pergantian musim yang masih disambut di Jepun, sehingga istilah osechi hanya digunakan untuk makanan tahun baru.
Secara tradisional, Osechi terdiri daripada:
Seperti makanan kecil untuk pendamping minuman sake, dan sayur-sayuran untuk dimasak Nishime berzeda-beza mengikut daerah di Jepun.
Sebahagian besar makanan osechi dimasak sangat manis, masin, atau dijeruk dengan cuka. Makanan juga harus dimasak hingga betul-betul kering agar tahan lama. Pada tahun baru, orang dilarang menyalakan api kerana dewa api dipercayai akan marah kalau orang memasak pada hari tahun baru. Kelaziman orang ramai untuk tidak memasak pada hari tahun baru sudah wujud di Jepun sejak separuh tempoh kedua zaman Heian. Tradisi tidak memasak pada awal tahun mungkin dibuat agar suri rumahtangga boleh berehat.
Pada zaman sekarang, osechi sering dikatakan makanan mewah untuk tahun baru. Makanan osechi bukan saja berupa makanan khas Jepun yang dimasak dengan kicap, gula, atau mirin, tetapi boleh juga berupa makanan Barat dan makanan Cina. Masakan osechi ala Barat disebut seiyō-osechi (西洋お節 ), sedangkan masakan osechi ala Cina disebut chūkafū osechi (中華風お節 ). Makanan osechi yang dahulunya merupakan masakan rumah kini boleh dipesan di pasar raya, restoran, dan gerai.
Secara tradisional kotak kayu (jūbako) untuk masakan osechi terdiri dari 5 susunan, walaupun kotak yang tiga susunan lazim dijumpai sekarang. Kotak kayu dikira dari atas dan diberi nama: ichi no jū, ni no jū, san no jū, yō no jū, dan go no jū, iaitu kotak nombor 1 hingga nombor 5. Kotak nombor 4 tidak disebut shi no jū, kerana angka 4 (shi) sama bunyi dengan "shi" yang bermaksud "mati". Berdasarkan alasan yang sama, kotak nombor 4 pada kotak keempat disebut go no jū.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.