Naruhito
Maharaja Jepun / From Wikipedia, the free encyclopedia
Kebawah Duli Yang Maha Mulia[1] Maharaja Naruhito (徳仁code: ja is deprecated , keputeraan 23 Februari 1960) ialah Maharaja Jepun. Baginda menaiki Takhta Bunga Kekwa pada 1 Mei 2019, berikutan penurunan takhta paduka ayahandanya, Maharaja Emiritus Akihito, pada 30 April 2019, bermulanya Zaman Reiwa.
Fakta Segera Naruhito 徳仁, Maharaja Jepun ...
Naruhito 徳仁 | |
---|---|
Maharaja Jepun | |
Pemerintahan | 1 Mei 2019 – kini |
Didahului oleh | Akihito |
Pewaris takhta | Fumihito |
Perdana Menteri | Shinzo Abe Yoshihide Suga Fumio Kishida |
Keputeraan | Naruhito (徳仁code: ja is deprecated ) (1960-02-23) 23 Februari 1960 (umur 64) Hospital Agensi Rumah Tangga Maharaja, Istana Maharaja Tokyo, Tokyo, Jepun |
Pasangan | Masako Owada (k. 1993) |
Anakanda | Aiko, Puteri Toshi |
Kerabat | Kerabat diraja Jepun |
Ayahanda | Akihito |
Bonda | Michiko |
Agama | Shinto |
Tutup
Menurut susunan pewarisan tradisional Jepun, baginda ialah ahli ke-126 dalam dinasti yang tertua memerintah di dunia. Baginda ialah maharaja Jepun pertama yang diputerakan selepas Perang Dunia Kedua.