Orang kepulauan Cocos
From Wikipedia, the free encyclopedia
Orang Cocos merupakan masyarakat yang membentuk kumpulan etnik terbesar yang menetap di Kepulauan Cocos (Keeling), yang kini menjadi sebahagian daripada wilayah milik Australia. Orang Cocos berasal daripada keturunan Nusantara yang utamanya berasal dari Banten, Batavia, Kepulauan Riau (kini bahagian dari negara moden Indonesia), Singapura, Sabah, dan Brunei.[2] Pada asalnya Pulau Cocos (Keeling) tidak dihuni oleh manusia sehinggalah masyarakat Nusantara membentuk komuniti utama di sini.
Jumlah penduduk | |
---|---|
8,500[1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Malaysia: 6,200[1] Kepulauan Cocos (Keeling): 400[1] | |
Bahasa | |
Melayu Cocos, Melayu Sabah | |
Agama | |
Sunah Waljamaah | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Betawi , Melayu ,Jawa |
Golongan Nusantara perintis yang dipercayai pertama kali tiba dan menetap di Kepulauan Cocos (Keeling) adalah daripada kalangan harem dan hamba abdi. Mereka dibawa masuk oleh Alexander Hare, petualang Inggeris pada tahun 1826. Pada tahun 1827 John Clunies-Ross menukar kehidupan para penduduk Nusantara ketika beliau tinggal di Kepulauan Cocos bersama dengan keluarganya. Pada bulan September 1978, keluarga Clunies-Ross telah menjual Kepulauan Cocos (Keeling) kepada kerajaan Australia. Sejak itu, Ketua Negara ialah Ratu Elizabeth II, diwakili oleh Penyelia Gabenor Jeneral pada masa ini B. Cunningham. Ketua Dewan Kepulauan Haji Wahin Bynie.