Maximilien de Robespierre
French revolutionary politician / From Wikipedia, the free encyclopedia
Maximilien François Marie Isidore de Robespierre 6 Mei 1758 – 28 Julai 1794 ialah seorang peguam, ahli politik dan seorang daripada tokoh Revolusi Perancis yang paling terkenal dan berpengaruh.
Maximilien de Robespierre | |
---|---|
Timbalan dan ahli Jawatankuasa Keselamatan Awam | |
Dalam jawatan 27 Julai 1793 – 27 Julai 1794 | |
Kawasan pilihan raya | Paris |
Presiden Persidangan Kebangsaan | |
Dalam jawatan 4 Jun 1794 – 17 Jun 1794 | |
Dalam jawatan 22 Ogos 1793 – 5 September 1793 | |
Ahli Persidangan Kebangsaan | |
Dalam jawatan 20 September 1792 – 27 Julai 1794 | |
Ahli Dewan Undangan Konstituen Kebangsaan | |
Dalam jawatan 9 Julai 1789 – 30 September 1791 | |
Ahli Dewan Undangan Kebangsaan | |
Dalam jawatan 17 Jun 1789 – 9 Julai 1789 | |
Timbalan bagi Estet Ketiga, Estet-Jeneral Konstiuen Artois | |
Dalam jawatan 6 Mei 1789 – 17 Jun 1789 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Maximilien François Marie Isidore de Robespierre (1758-05-06)6 Mei 1758 Arras, France |
Meninggal dunia | 28 Julai 1794(1794-07-28) (umur 36) Paris, France |
Kerakyatan | Perancis |
Parti politik | Jakobin |
Alma mater | Lycée Louis-le-Grand |
Profesion | Peguam dan ahli politik |
Tandatangan |
Sebagai ahli Estates-General, Persidangan Konstituen Kebangsaan dan clubs des Jacobins, beliau menganjurkan pemansuhan pengabdian dan hukuman bunuh, sambil menyokong kesaksamaan hak asasi manusia, hak mengundi sejagat dan penubuhan republik. Beliau menentang peperangan dengan Austria dan kemungkinan rampasan kuasa oleh Marquis La Fayette. Sebagai ahli Jawatankuasa Keselamatan Awam, beliau memainkan peranan penting dalam apa yang dikenali sebagai Pemerintahan Ganas, yang berakhir beberpa bulan selepas beliau ditahan dan dikenakan hukuman bunuh pada bulan Julai 1794.
Beliau dipengaruhi para filsuf Zaman Pencerahan abad ke-18 seperti Jean-Jacques Rousseau dan Montesquieu, dan beliau berkebolehan mengutarakan pendapat golongan borjuis sayap kiri. Beliau dikatakan berbadan sederhana dan sempurna dari segi pakaian dan pembawaan diri. Penyokongnya memanggil beliau 'si Amanah' sementara musuh pula memanggilnya 'dictateur sanguinaire' (diktator yang haus darah).