Lembaga Peperiksaan Malaysia
lembaga peperiksaan di Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Lembaga Peperiksaan (LP) (Tulisan Cina : 马来西亚考试局; Tulisan Tamil : தேர்வு ஆணையம்) merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab mengendalikan ujian awam kebangsaan di negara Malaysia. LP merupakan satu-satunya badan peperiksaan di dunia yang menjalankan peperiksaan berpusat secara serentak yang dijalankan dengan berlandaskan kurikulum kebangsaan untuk 1.5 juta calon. Ianya turut merupakan badan peperiksaan yang pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi komputer dalam urusan pemerosesan data peperiksaan pada tahun 1967.
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 3 Mei 1956; 67 tahun yang lalu (1956-05-03) |
Jenis | Agensi |
Bidang kuasa | Kerajaan Malaysia |
Ibu pejabat | Aras 2, Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604, Putrajaya, Malaysia. |
Eksekutif Agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Pendidikan Malaysia |
Laman sesawang | www.lp.moe.gov.my |
LP kini bertanggungjawab membina, mengeluar dan mengendalikan empat peperiksaan pusat (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Pentaksiran Tingkatan Tiga, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia), berbagai-bagai pentaksiran sekolah dan peperiksaan luar negara.
Secara fizikalnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah bertapak di lima tempat sejak ia diwujudkan iaitu : -
- di Bangunan Persekutuan, Jalan Hishamuddin, 1956
- di Jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), 1959
- di Jalan Sulaiman, 1967
- di Jalan Duta, 1974
- di Jalan Duta, KL dan Blok E11 & E14, Kompleks E Putrajaya (2005 - kini)
Di antara kejayaan yang dicapai Lembaga Peperiksaan ialah :
Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (1960) Perintis dalam penggunaan komputer di negara ini (1967) Pengambilan sistem peperiksaan Cambridge (1978) Penyediaan sistem peperiksaan mengikut keperluan Pengiktirafan sijil peperiksaan Pelaksanaan sistem Sijil Terbuka
Di antara kejayaan yang dicapai Lembaga Peperiksaan ialah :
- Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (1960)
- Perintis dalam penggunaan komputer di negara ini (1967)
- Pengambilan sistem peperiksaan Cambridge (1978)
- Penyediaan sistem peperiksaan mengikut keperluan
- Pengiktirafan sijil peperiksaan
- Pelaksanaan sistem Sijil Terbuka