Lee Unkrich
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lee Edward Unkrich (lahir 8 Ogos 1967) merupakan seorang pengarah, penyunting, penulis skrip, dan animator Amerika Syarikat. Beliau merupakan ahli pasukan kreatif Pixar yang paling lama berkhidmat, di mana beliau bermula pada 1994 sebagai penyunting filem. Beliau kemudiannya mula mengarah, kemudian menjadi pengarah bersama Toy Story 2.
Fakta Segera Kelahiran, Pusat pendidikan ...
Lee Unkrich | |
---|---|
Kelahiran | Lee Edward Unkrich (1967-08-08) 8 Ogos 1967 (umur 56) Cleveland, Ohio, A.S. |
Pusat pendidikan | Universiti California Selatan |
Pekerjaan | Pengarah, penyunting, penulis skrip, animator |
Tahun aktif | 1990–kini |
Terkenal kerana | Toy Story 2 Toy Story 3 Coco |
Pasangan | Laura Century |
Anak-anak | 3 |
Tutup
Selepas menjadi pengarah bersama Monsters, Inc. dan Finding Nemo, Unkrich menduduki kerusi pengarah secara solo menerusi Toy Story 3 pada 2010, dan mengarahkan Coco pada 2017, kedua-duanya memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Animasi Terbaik.