From Wikipedia, the free encyclopedia
Kesultanan Mataram ialah sebuah kerajaan Islam Jawa di Pulau Jawa yang diasaskan oleh Sutawijaya, keturunan Ki Ageng Pemanahan, yang mendapatkan hadiah sebidang tanah daripada Hadiwijaya, raja Pajang, atas jasanya. Kerajaan Mataram pada zaman kegemilangannya dapat menyatukan tanah Jawa dan sekitarnya, termasuk Madura serta meninggalkan beberapa jejak sejarah yang dapat dilihat hingga sekarang, umpamanya wilayah Matraman di Jakarta dan sistem persawahan di Karawang.
Kesultanan Mataram Islam ꦤꦒꦫꦶꦩꦠꦫꦩ꧀ کسلطانن ماتارم إسلام | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1587–1755 | |||||||||||||||
Bendera | |||||||||||||||
Ibu negara | Kota Gede (1588-1613)Karta (1613-1647)Pleret (1647-1681)Kartosuro (1681-1755) | ||||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Jawa | ||||||||||||||
Agama | Islam, Kejawen | ||||||||||||||
Kerajaan | Monarki absolut | ||||||||||||||
Panembahan, Susuhunan (Sunan), Sultan | |||||||||||||||
• 1556-1575 d. 1584 | Ki Ageng Pamanahan | ||||||||||||||
• 1587-1601; t. 1575 | Panembahan Senopati | ||||||||||||||
• 1677-1703 | Susuhunan Ing Ngalogo (Paku Buwono I); Hamangku Rat II (buang negeri) | ||||||||||||||
• 1749-1755; d. 1788 | Sultan Pakubuwono III | ||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||
• Penubuhan Mataram perintah oleh Ki Ageng Pamanahan | 1556 | ||||||||||||||
• Kemangkatan Sultan III Pajang | 1587 | ||||||||||||||
• Perjanjian Giyanti | 13 Februari 1755 | ||||||||||||||
Mata wang | derham jawi dan dinar | ||||||||||||||
|
Sutawijaya naik takhta dengan gelaran Panembahan Senopati selepas merebut wilayah Pajang pada kemangkatan Hadiwijaya. Pada saat itu, wilayahnya yang mewarisi wilayah Kerajaan Pajang hanya meliputi sekitar Jawa Tengah saat ini. Pusat pemerintahannya berada di Mentaok, wilayah yang terletak kira-kira di timur Kota Yogyakarta dan di selatan Lapangan Terbang Adisucipto kini. Lokasi kraton (tempat kedudukan raja) pada masa awal terletak di Banguntapan, dan kemudian dipindahkan ke Kotagede.
Selepas Sutawijaya mangkat (dimakamkan di Kotagede), kekuasaannya diteruskan sebentar oleh Mas Jolang, puteranya, yang mengambil gelaran Prabu Hanyokrowati. Pemerintahannya tidak wujud lama kerana baginda mangkat, akibat kemalangan semasa berburu di hutan Krapyak. Oleh itu, baginda juga digelar Susuhunan Seda Krapyak atau Panembahan Seda Krapyak yang membawa pengertian Raja (yang) mangkat (di) Krapyak.
Selepas itu, takhta Mas Jolang diambil alih sebentar oleh Adipati Martoputro, putera keempat Mas Jolang. Adipati Martoputro ternyata menghidap penyakit saraf sehingga takhtanya diambil alih oleh Mas Rangsang, putera sulung Mas Jolang.
Selepas naik takhta, Mas Rangsang mengambil gelaran Sultan Agung Hanyakrakusuma tetapi lebih dikenali dengan gelaran Sultan Agung. Pada masa ini, wilayah Mataram mencakupi kawasan sehingga ke pulau Jawa dan Madura. Akibatnya terjadi perselisihan dengan Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) yang berpusat di Batavia. Maka terjadilah beberapa peperangan antara Mataram dengan SHTB.
Selepas Mas Rangsang mangkat (dimakamkan di Imogiri), baginda diwarisi oleh puteranya yang bergelar Amangkurat (Amangkurat I, Sunan Tegalarum). Lokasi kraton Mataram pada masa ini dipindahkan ke Pleret (sekarang termasuk wilayah Kabupaten Bantul).
Amangkurat I memindahkan lokasi kratonnya ke Kerta yang terletak berhampiran dengan Pleret. Pemerintahan Amangkurat kurang stabil kerana banyak ketidakpuasan dan pemberontakan. Pada masanya, pemberontakan besar yang dipimpin oleh Terunajaya berlaku dan memaksa Amangkurat supaya bersekutu dengan Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB). Baginda mangkat di Tegalarum ketika berundur. Pewarisnya, Amangkurat II (Amral), betul-betul mematuhi SHTB sehingga kerabat istana banyak yang tidak puas dan pemberontakan terus terjadi.
Kekacauan politik tersebut diselesaikan selepas wilayah Mataram dipecah belah menjadi dua kawasan, iaitu Kesultanan (Nga)yogyakarta dan Kasunanan Surakarta pada tahun 1755. Pembahagian wilayah ini termaktub dalam perjanjian Giyanti (nama diambil sempena nama lokasi penandatanganan di sebelah timur kota Karanganyar, Jawa Tengah) dan dengan ini, berakhirlah zaman Mataram sebagai sebuah kesatuan politik dan wilayah. Walaupun demikian, sebahagian masyarakat Jawa masih beranggapan bahawa Kesultanan Yogyakarta dan Kasunanan Surakarta adalah "pewaris" Kesultanan Mataram.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.