Kampung Tualang Sekah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kampung Tualang Sekah merupakan sebuah kampung yang terletak di Malim Nawar, dalam negeri Perak, iaitu sebuah negeri di Malaysia.
Kampung Tualang Sekah | |
---|---|
Kampung | |
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu" | |
Lagu: Negaraku | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Perak |
Daerah | Malim Nawar |
Kampung | Kampung Tualang Sekah |
Penduduk ( N/A ) | |
• Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Poskod | 31700 |
Kod kawasan | +605 |
Lokasi Kampung Tualang Sekah di Peta Google |
Kampung ini dinamakan sempena dengan nama sebatang pokong pokok tualang di perkampungan ini. Namun pokok ini telah disambar petir dan bahagian sekahnya tertinggal di sini. Sekah ialah dahan pokok yang patah akibat disambar petir.
Kampung ini terletak di timur pekan Malim Nawar lebih kurang 3 km dari pekan Malim Nawar. Terdapat banyak bekas lombong bijih timah di sekitar kampung ini. Dahulunya penduduk di kampung ini bergantung kepada industri melombong bijih timah yang terkenal di dalam daerah Kinta. Akibat daripada kejatuhan harga pasaran bijih timah di pasaran, banyak lombong di sekitar kampung ini terpaksa ditutup. Bekas lombong tersebut telah dibangunkan dengan projek perumahan seperti Taman Bina Jaya dan Kampung Tersusun. Manakala bagi lombong yang masih belum ditebusguna dengan perumahan dijadikan kolam menternak ikan oleh penduduk tempatan.