Iklim (kumpulan)
Kugiran Rock Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Kumpulan Iklim merupakan sebuah kumpulan Rock menjadi fenomena yang bermula pada tahun 1985; terkenal di Malaysia, Indonesia, Singapura, selatan Thailand, dan Kepulauan Cocos di Australia pada sekitar tahun 90'an. Iklim terbentuk secara rasmi pada tahun 1990 dan menyanyikan lagu-lagu Melayu bergenre Rock dan Slow Rock. Iklim menjadi siulan zaman itu kerana popular dengan lagu “ Suci Dalam Debu “. Hingga kini lagu iklim sentiasa putar dicorong radio.
Iklim | |
---|---|
Berasal dari | Terengganu, Malaysia |
Genre | Blues, Rock, Hard rock, Heavy metal, Glam metal, Pop rock, Rock kapak |
Pekerjaan | Penyanyi / Pemuzik / Penggubah lagu |
Instrumen | Vokal / Pemuzik |
Tahun aktif | 1985-1998 2003-2005 2014-kini |
Syarikat rakaman | Suara Cipta Sempurna (1990 - 1994) Warner Music Malaysia (1994-1999) Nova Music (2003-2004) GP Records Indonesia |
Ahli | Azmani - vokal Umarul - gitar utama Mohalim - bass Huzali - keyboard/gitar kedua Kama - Dram |
Bekas ahli | Saleem - vokal (meninggal dunia) Khir Rahman - vokal |
Lagu hits adalah Suci Dalam Debu, Bukan Aku Tak Cinta, Mimpi Yang Pulang, Hakikat Sebuah Cinta dan Seribu Kali Sayang. Album Suci Dalam Debu terjual 1,000,000 unit di Indonesia,[perlu rujukan] dan mengangkat nama iklim sebagai kumpulan terkenal dan berjaya di negara jiran tetangga tersebut sehingga kini.