Dewan Rakyat United Kingdom
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dewan Rakyat (bahasa Inggeris: House of Commons) adalah dewan bawah Parlimen United Kingdom, yang juga mengandungi Raja dan Dewan Pertuanan (dewan atas). Kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Pertuanan bersidang di Istana Westminster. Dewan Rakyat adalah badan yang dipilih secara demokrasi, terdiri dari 646 ahli, yang dikenali sebagai "Ahli Parlimen" atau AP (MP dalam bahasa Inggeris). Mereka dipilih, melalui sistem first-past-the-post, oleh daerah-daerah pilihan yang dikenali sebagai kawasan pilihan raya, dan memegang kerusi mereka sehingga Parlimen dibubarkan (maksimum lima tahun).
- Rencana ini adalah tentang Dewan Rakyat di United Kingdom sejak 1801. Untuk badan lain dalam sejarah British dan di luar negeri, lihat Dewan Rakyat.
Dewan Rakyat | |
---|---|
ديوان رعية House of Commons | |
Jenis | |
Jenis | |
Kepimpinan | |
Yang di-Pertua | |
Ketua | |
Ketua Bayangan | |
Struktur | |
Ahli | 650 |
Kumpulan politik | Pihak kerajaan:
Pembangkang Rasmi:
Pembangkang lain:
|
Pilihan raya | |
Pilihan raya terakhir | 12 Disember 2019 |
Pilihan raya seterusnya | Sebelum 2 Mei 2024 |
Tempat persidangan | |
Bilik Dewan Rakyat, Istana Westminster, Westminster, London, United Kingdom | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting |
Dewan Rakyat British lahir semasa kurun ke-14 dan telah kekal wujud semenjak itu. Pada asalnya, kuasa Dewan Rakyat tidak begitu besar jika dibandingkan dengan Dewan Pertuanan, tetapi kini kuasa perundangannya lebih besar dari Dewan Pertuanan. Di bawah Akta Parlimen 1911, kuasa Tuan Bangsawan untuk menolak kebanyakan rang undang-undang dikurangkan kepada kuasa menangguhkannya sahaja. Tambahan pula, Kerajaan bertanggungjawab terutamanya pada Dewan Rakyat; Perdana Menteri cuma akan kekal dengan jawatannya selagi dia disokong oleh Dewan Rakyat. Hampir semua menteri kerajaan dilantik dari Dewan Rakyat, dan kecuali seorang,[1] semua Perdana Menteri sejak 1902.
Gaya rasmi dan lengkap dewan Rakyat ialah The Honourable the Commons of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland in Parliament assembled (atau "Yang Berhormat Rakyat United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara di Parlimen berhimpun").