ibu negara dan provinsi di Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia
Daerah Khusus Ibukota Jakarta (disingkat DKI Jakarta, Jakarta Raya) merupakan ibu negara Indonesia, dan juga merupakan satu-satunya bandar di Indonesia yang bertaraf provinsi atau negeri. Jakarta terletak di bahagian barat laut Pulau Jawa. Dahulunya, Jakarta pernah disebut dengan nama Sunda Kelapa (sebelum tahun 1527), Jayakarta (1527-1619), Batavia, atau Jacatra (1619-1942), dan Djakarta (1942-1972). Di dunia internasional Jakarta juga mempunyai julukan J-Town,[5] atau lebih popular lagi The Big Durian kerana dianggap bandar yang sebanding New York City (Big Apple) di Indonesia.[6]
Daerah Khusus Ibukota Jakarta
Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta داءيره خصوص ايبوكوتا جاكرتا Sunda Kelapa • Jayakarta • Batavia | |
---|---|
Ibu Negara Indonesia | |
Nama panggilan: The Big Durian[1][2], J-Town [3] Lagu Daerah: Kicir-Kicir, Jali-Jali, Ondel-Ondel Rumah Adat: Rumah Kebaya | |
Cogan kata: Jaya Raya Indonesian: ("Jaya dan Besar (Agung)") Inggeris: Victorious and Great | |
Koordinat: 6°12′S 106°49′E | |
Negara | Indonesia |
Ditubuhkan | 22 Jun 1527, Sebagai Jayakarta [4] |
Ditubuhkan | 14 Mac 1621, sebagai Batavia |
Diasaskan oleh | Ahmad Fatahillah a.k.a Falatehan |
Taraf | Daerah Khusus Ibu Kota |
Pentadbiran | |
• Jenis | Wilayah Pentadbiran Khusus |
• Gabenor | Heru Budi Hartono (Pemangku) |
• Timbalan Gabenor | kosong |
Keluasan | |
• Bandar Raya | 740.28 km2 (285.82 batu persegi) |
• Tanah | 662.33 km2 (255.73 batu persegi) |
• Air | 6,977.5 km2 (2,694.0 batu persegi) |
Aras | −2—50 m, average: 8 m (−6—164 ft, average: 26 ft) |
Penduduk (Nov 2011) | |
• Bandar Raya | 10,187,595 |
• Kepadatan | 15,342/km2 (39,740/batu persegi) |
• Metro | 28,019,545 |
• Kepadatan metro | 4,383/km2 (11,350/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+7 (Bahagian Barat Indonesia) |
Poskod | 10110-14540 |
Kod Panggilan | +62 21 |
Geocode | ID-JW |
Kod ISO 3166 | ID-JK |
Plat Kenderaan | B |
Laman sesawang | www.jakarta.go.id (official site) |
Jakarta bukan sebahagian daripada mana-mana wilayah, ia dikawal secara langsung oleh kerajaan negara dan ditetapkan sebagai Wilayah Modal Khas |
Jakarta memiliki luas sekitar 664,01 km² (lautan: 6.977,5 km²), dengan penduduk berjumlah 10.557.810 jiwa (2019).[7] Wilayah metropolitan Jakarta (Jabodetabek) yang berpenduduk sekitar 28 juta jiwa,[8] merupakan metropolitan terbesar di Asia Tenggara atau urutan kedua di dunia.
Jakarta pertama kali dikenali sebagai salah sebuah pelabuhan Kerajaan Sunda yang bernama Sunda Kelapa, yang terletak di muara Sungai Ciliwung. Ibu kota Kerajaan Sunda yang dikenali sebagai Dayeuh Pakuan Pajajaran atau Pajajaran (kini Bogor) boleh dicapai dari pelabuhan Sunda Kalapa selama dua hari perjalanan. Menurut sumber Portugis, Sunda Kalapa merupakan salah sebuah pelabuhan milik Kerajaan Sunda selain pelabuhan Banten, Pontang, Cigede, Tamgara dan Cimanuk. Sunda Kalapa, atau disebut Kalapa dalam teks ini, dianggap pelabuhan yang terpenting kerana dapat didatangi dari ibu kota kerajaan, Dayo (dalam bahasa Sunda moden: dayeuh bermaksud ibu kota) dalam tempoh dua hari. Kerajaan Sunda sendiri merupakan kesinambungan Kerajaan Tarumanagara pada abad ke-5 sehingga kewujuan pelabuhan ini disusur kembali hingga abad itu, sebagai ibu kota Tarumanagara yang bernama Sundapura.
Pada abad ke-12, pelabuhan ini dikenal sebagai pusat perdagangan lada yang sibuk. Kapal-kapal asing yang berasal dari China, Jepun, India Selatan, dan Timur Tengah sudah berlabuh di pelabuhan ini membawa barang-barang seperti tembikar, kopi, sutera, kain, wangian, kuda, anggur, dan pewarna untuk ditukar dengan rempah-ratus yang menjadi komoditi dagang pada zaman itu.
Error
Orang Belanda datang ke Jayakarta sekitar akhir abad ke-16, setelah singgah di Banten pada tahun 1596. Pada awal abad ke-17, Jayakarta diperintah oleh Pangeran Jayakarta, salah seorang kerabat Kesultanan Banten. Pada 1619, syarikat VOC pimpinan Jan Pieterszoon Coen menduduki Jayakarta setelah mengalahkan pasukan Kesultanan Banten, kemudian mengubah namanya menjadi Batavia. Sepanjang zaman penjajahan Belanda, Batavia berkembang menjadi bandaraya yang besar dan penting. Untuk pembangunan kota, Belanda banyak melibatkan diri dalam pengimportan hamba abdi yang kebanyakannya berasal dari Bali, Sulawesi, Maluku, Tiongkok, dan pesisir Malabar, India. Ada yang berpendapat bahawa mereka inilah yang tidak lama kemudian membentuk komuniti yang dikenali sebagai suku Betawi. Sewaktu itu, keluasan Batavia hanya mencakupi kawasan yang kini dikenali sebagai Kota Tua di Jakarta Utara. Sebelum kedatangan hamba-hamba tersebut, sudah ada masyarakat Sunda yang tinggal di wilayah Jayakarta seperti masyarakat Jatinegara Kaum. Sedangkan suku-suku dari etnis pendatang, pada zaman penjajahan Belanda, membentuk wilayah komuniti masing-masing. Maka, di Jakarta ada wilayah-wilayah bekas komuniti itu seperti Pecinan, Pekojan, Kampung Melayu, Kampung Bandan, Kampung Ambon, Kampung Bali, dan Manggarai.
Pada tanggal 9 Oktober 1740, terjadinya rusuhan di Batavia yang meragut nyawa 5,000 orang Cina. Berikutan kejadian ini, ramai orang Cina yang lari ke luar bandaraya dan mengadakan penentangan terhadap Belanda.[9] Setelah pembinaan Koningsplein (Gambir) siap pada tahun 1818, Batavia berkembang ke arah selatan. Pada tahun 1920, Belanda membangunkan kota taman Menteng, dan wilayah ini menjadi tempat baru untuk pembesar Belanda, menggantikan Molenvliet di utara. Pada awal abad ke-20, Batavia di utara, Koningspein, dan Mester Cornelis (Jatinegara) telah terintegrasi menjadi sebuah kota.
Pada 1 Januari 1926, kerajaan Hindia Timur Belanda mengeluarkan peraturan untuk pembaharuan sistem desentralisasi dan penyahtumpuan kuasa yang lebih luas. Di Pulau Jawa dibentuk kerajaan autonom provinsi. Provincie West Java adalah provinsi pertama yang dibentuk di wilayah Hindia Belanda yang dirasmikan dengan surat keputusan bertarikh 1 Januari 1926, dan diundangkan dalam Staatsblad (Lembaran Negara) 1926 No. 326, 1928 No. 27 jo No. 28, 1928 No. 438, dan 1932 No. 507. Batavia menjadi salah satu keresidenan dalam Provincie West Java disamping Banten, Buitenzorg (Bogor), Priangan, dan Cirebon.
Pada tahun 1942, penjajah Jepun menggantikan nama Batavia menjadi Jakarta untuk menambat hati para penduduk pada Perang Dunia Kedua. Kota ini juga merupakan tempat berlangsungnya Proklamasi Kemerdekaan Republik Indonesia pada 17 Ogos 1945, tetapi diduduki oleh Belanda sehingga kedaulatan Indonesia diiktiraf pada tahun 1949.
Sebelum tahun 1959, Djakarta merupakan sebahagian Provinsi Jawa Barat. Pada tahun 1959, taraf Kota Djakarta berubah dari sebuah kotapraja di bawah walikota menjadi daerah tingkat satu (Dati I) yang dipimpin oleh gabenor (gubernur). Gabenor pertamanya ialah Dr. Sumarno Sosroatmodjo, seorang doktor tentera. Pelantikan Gubernur DKI ketika itu dilaksanakan oleh Presiden Sukarno. Pada tahun 1961, status Djakarta diubah dari Daerah Tingkat Satu menjadi Daerah Khusus Ibukota (DKI); Sumarno kekal sebagai gabenornya.[10]
Semenjak diisytiharkan sebagai ibu kota, bilangan penduduk Jakarta meningkat melambung kerana keperluan tenaga kerja kerajaan yang semakin berpusatkan Jakarta. Dalam masa lima tahun, bilang penduduknya berlipat lebih dua kali ganda. Berbilang kantung pemukiman kelas menengah baru kemudian dibangunkan, seperti Kebayoran Baru, Cempaka Putih, Rawamangun, dan Pejompongan. Pusat-pusat pemukiman juga banyak dibangunkan oleh kementerian-kementerian dan institusi-institusi milik negara seperti Perum Perumnas.
Sewaktu zaman pentadbiran Sukarno, Jakarta melakukan pembangunan projek besar, antara lainnya Gelora Bung Karno, Masjid Istiqlal, dan Monumen Nasional. Pada masa ini pula Poros Medan Merdeka-Thamrin-Sudirman mulai dikembangkan sebagai pusat perniagaan bandaraya, menggantikan poros Medan Merdeka-Senen-Salemba-Jatinegara. Pusat pemukiman besar pertama yang dibuat oleh pihak pembangun swasta adalah Pondok Indah (oleh PT Pembangunan Jaya) pada akhir dasawarsa 1970-an di wilayah Jakarta Selatan.
Kepesatan pertambahan penduduk ini pernah cuba dibendung oleh gabenor Ali Sadikin pada awal 1970-an dengan menjadikan Jakarta sebagai "kota tertutup" bagi pendatang. Dasar ini nyata tidak berjaya lalu diketepikan oleh kepemimpinan gabenor selanjutnya. Hingga saat ini, Jakarta masih terpaksa bergelut dengan masalah-masalah yang terjadi akibat kepadatan penduduk, seperti banjir, kesesakan lalu lintas, serta kekurangan alat transportasi umum yang memadai.
Pada Mei 1998, terjadinya rusuhan di Jakarta yang menyebabkan ramai penduduk kaum Cina terkorban. Gedung MPR/DPR diduduki oleh para mahasiswa yang menginginkan reformasi. Kesan rusuhan ini adalah perletakan jawatan Presiden Soeharto selaku presiden.
DKI Jakarta memiliki status khusus sebagai "Daerah Khusus Ibukota". Kota ini dibahagikan kepada lima Majlis Perbandaran (kotamadya) dan satu Pemerintahan Pemangku Raja (kabupaten) iaitu:
Lihat juga Senarai Gabenor DKI Jakarta.
Error
Jumlah penduduk di Jakarta sekitar 8,792,000 orang (2004) namun pada siang hari, jumlah tersebut akan bertambah seiring dengan kedatangan para pekerja dari bandar-bandar satelit seperti Bekasi, Tangerang, dan Depok. Bahasa yang digunakan di Jakarta adalah Bahasa Indonesia. Bahasa daerah juga digunakan oleh suku kaum minoriti kerana di Jakarta mempunyai berbagai-bagai suku kaum yang berbeza. Oleh sebab itu, bahasa Indonesia sering digunakan sebagai bahasa perantaraan. Selain itu, muncul juga bahasa basahan yang menular dalam kalangan kanak-kanak yang mengandungi bahasa asing.
Agama yang dianuti di DKI Jakarta sangat pelbagai termasuk enam agama yang diakui pemerintah Indonesia ialah (Islam, Kristian, Katholik, Hindu, Buddha, Konghuchu). Tempat beribat agama Islam juga dibina di Jakarta contohnya:
Tempat beribadah agama Kristian Protestan contohnya:
Tempat beribadah agama Kristian Katholik contohnya:
Tempat beribadah agama Buddha contohnya:
Tempat beribadah agama Hindu contohnya:
Menurut data pemerintah DKI pada tahun 2020, komposisi penganut agama di kota ini adalah seperti berikut:[5]
Pendidikan di DKI Jakarta tersedia dari "playgroup" hingga ke pengajian tinggi. Mutu pendidikan juga sangat pelbagai kerana terdapat tempat pengajian yang mewah yang dijadikan tempat pengajian khususnya di tingkat SD dan SMP. Sejak akhir-akhir ini, muncul pelbagai sekolah yang sistem kurikulumnya diserap daripada negara lain seperti Singapura dan Australia. Sekolah yang mempunyai sistem kurikulum daripada Indonesia juga muncul dengan memiliki pendidikan yang berbeza-beza.
DKI Jakarta juga menjadi lokasi berbagai-bagai universiti yang terkemuka seperti
Di DKI Jakarta, terdapat jaringan jalan raya dan jalan bebas yang dibina seluruh kota. Namun perkembangan jumlah kenderaan dengan jumlah jalan sangat tidak seimbang (5-10% dengan 4-5%). Menurut data daripada Jabatan Pengangkutan DKI, sebanyak 46 kawasan mempunyai 100 simpang yang mempunyai kesesakan lalulintas, arus yang tidak stabil dan kecepatan yang rendah.
Diantaranya ialah:
Jakarta sebagai pusat ekonomi juga turut mengalami kesesakan lalu lintas kerana selain dilalui oleh penduduk DKI sendiri , jalan ini juga digunakan oleh wilayah kota satelit Jakarta yaitu seperti Depok, Bekasi, Tangerang, dan Tangerang Selatan serta Jawa Barat Kota Bogor. Kesesakan dapat dilihat di Jalan Sudirman kerana mengambil masa selama berjam-jam untuk pulang ke rumah.
Satu inisiatif yang dilakukan oleh pemerintahan Ibukota Jakarta untuk mengatasi kepadatan di Jakarta iaitu diadakanya Bus Rapid Transit (BRT) TransJakarta. TransJakarta ialah sistem Bas dengan laluan khas yang berhenti di tiap perhentian stesen bas ("Halte") didalam bandaraya Jakarta. Ada 19 laluan ("Koridor") Bus Transjakarta yang melayani pelbagai macam tujuan didalam kota Jakarta. Stasiun bus di Jakarta dikenali sebagai "Terminal", dan Perhentian bua disebut "Halte". Berikut adalah senarai laluan BRT TransJakarta yang melayani rute dalam kota Jadetabek:
Selain itu, Pemerintah Daerah Khusus Ibukota Jakarta juga sudah membina laluan MRT (Mass Rapid Transit) fasa pertama daripada laluan Lebak Bulus - Kampung Bandan, iaitu Lebak Bulus - Bundaran Hotel Indonesia sudah beroperasi pada 2019. Kerajaan pula sedang dalam tahap perancangan untuk membina 7 laluan Light Rail Transit (LRT), yang pembinaannya akan dimula pada akhir tahun 2015 dengan membina laluan Kebayoran Lama - Kelapa Gading dan beroperasi pada tahun 2019 .
Manakala Kerajaan Pusat pula turut serta merancang sistem pengangkutan bagi menghubungkan Bandaraya Jakarta dengan bandar-bandar dipersekitarannya dengan pembinaan beberapa laluan LRT yang dijangka akan dimula pada Ogos 2015 sempena Hari Kemerdekaan Indonesia.
Untuk ke kota-kota sekitar Pulau Jawa pengguna boleh melalui Jakarta dengan jaringan jalan raya dan beberapa jalan bebas tol yang telah siap dibina. Jalan bebas tol yang paling baru adalah jalan bebas tol Cipularang yang mempercepatkan masa dari Jakarta ke Bandung menjadi sekitar 1.5 jam. Untuk ke Sumatera terdapat Pelabuhan Merak ke Bakauheni.
Lapangan terbang yang terdapat di Jakarta adalah:
Pada tahun 2004, Bandaray Jakarta Pusat dan Jakarta Selatan pada julung-julung kalinya meraih penghargaan Bangun Praja kategori "Kota Terbersih dan Terindah di Indonesia" (dulu disebut "Adipura").
Kawasan di DKI Jakarta yang simbolik dengan pokok tertentu ialah;
Hingga kini kewujudan pokok tersebut telah menjadi simbolik dengan nama kawasan-kawasan itu. Namun, penebangan pokok tersebut memusnahkan pokok tersebut sebagai identiti sesebuah kawasan di Jakarta ini.
DKI Jakarta juga memiliki pelbagai tempat tumpuan pelancongan seperti:
Jakarta juga merupakan bandar pelancongan belanja, setaraf dengan Tokyo dan Singapura. Jakarta memiliki pelbagai pusat belanja yang luas dan seronok, seperti:
Pemerintah DKI Jakarta mengutamakan pelancongan di pusat-pusat membeli belah yang terdapat di Jakarta semasa perlaksaan program "Enjoy Jakarta" . Sejak belakangan ini, sudah menjadi tren pembangunan pusat perbelanjaan dari yang mewah hingga ke kedai runcit. Di pusat membeli belah tersebut juga muncul kedai francais luar negara, seperti Starbucks dan McDonald's.
|
|
|
|
Keadaan DKI Jakarta sebagai sebuah pusat ekonomi telah mendorong orang-orang diluar Jakarta dan luar Pulau Jawa untuk membanjiri Jakarta untuk mencari rezeki. Kebanyakkan pendatang yang datang ke Indonesia tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran yang khusus sehingga terdapat beberapa masalah pengangguran. Masalah pengangguran ini berkaitan rapat dengan masalah kemiskinan dan jenayah.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.