Castilla
From Wikipedia, the free encyclopedia
Castilla (nama lama dalam Melayu: Kestelacode: ms is deprecated disebut [kĕs.té.la],[4] bahasa Inggeris: Castilecode: en is deprecated ) ialah sebuah kawasan bersejarah terletak di tengah negara Sepanyol di Semenanjung Iberia,[5] barat benua Eropah. Ia dibahagikan kepada Castilla la Vieja dan Castilla la Nueva,[6] kini merangkumi barat wilayah-wilayah autonomi moden Castilla dan León, Castilla-La Mancha dan Komuniti Madrid serta Cantabria dan La Rioja.
Kawasan ini mula wujud sebagai suatu kerajaan sendiri dipecahkan dari Kerajaan León pada abad ke-11 beribukota di Burgos selain memerintah sebahagian Vizcaya, Álava, Cantabria dan La Rioja.[7]