Permaisuri Camilla
Permaisuri United Kingdom sejak 2022 / From Wikipedia, the free encyclopedia
Camilla (Camilla Rosemary Shand; dilahirkan 17 Julai 1947; kemudiannya dikenali sebagai Camilla Parker Bowles) ialah Permaisuri United Kingdom dan 14 Negara-negara alam Komanwel. Baginda merupakan isteri kepada Raja Charles III.
Camilla | |
---|---|
Permaisuri United Kingdom dan 14 Negara-negara alam Komanwel | |
Tempoh | 8 September 2022 – kini |
Kemahkotaan | 6 Mei 2023 |
Keputeraan | Camilla Rosemary Shand (1947-07-17) 17 Julai 1947 (umur 76) Hospital King's College, London, England |
Pasangan |
|
Anakanda |
|
Kerabat | Windsor (melalui perkahwinan) |
Ayahanda | Bruce Shand |
Bonda | Rosalind Cubitt |
Pendidikan |
|
Camilla dibesarkan di Sussex Timur dan South Kensington di England. Baginda mendapat pendidikan di England, Switzerland, dan Perancis. Pada tahun 1973, baginda berkahwin dengan seorang pegawai Tentera British bernama Andrew Parker Bowles tetapi mereka bercerai pada tahun 1995. Semasa perkahwinan pertama mereka, Camilla dan Charles mempunyai hubungan romantis yang mendapat banyak perhatian daripada media dan orang ramai. Pada tahun 2005, Camilla dan Charles berkahwin dalam upacara sivil di Windsor Guildhall, diikuti dengan upacara pemberkatan denominasi Anglikan di Gereja Kecil St George di Istana Windsor. Sebelum Charles menjadi raja, Camilla dikenali sebagai Duchess Cornwall. Bagaimanapun, apabila Ratu Elizabeth II mangkat pada 8 September 2022, Charles menjadi raja, dan Camilla menjadi permaisuri. Istiadat kemahkotaan atau pertabalan rasmi mereka berlangsung di Westminster Abbey pada 6 Mei 2023.
Sebagai permaisuri, Camilla mengambil bahagian dalam penglibatan awam bersama suaminya, mewakili monarki. Baginda juga terlibat dengan banyak badan amal dan organisasi, sama ada sebagai penaung, presiden, atau ahli. Sejak 1994, baginda telah berkempen untuk meningkatkan kesedaran tentang osteoporosis, penyakit tulang, dan telah menerima penghormatan dan anugerah atas usaha baginda. Selain itu, Camilla menyokong isu seperti rogol, penderaan seksual, celik huruf, kebajikan haiwan dan kemiskinan.