Melaka (pokok)
spesies tumbuhan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Pokok melaka (Jawi: ڤوکوق ملاکcode: ms is deprecated , nama botani: Phyllanthus emblica) ialah sejenis pokok daun luruh daripada keluarga Phyllanthaceae yang terdapat di kawasan tropika Asia Tenggara dan Asia Selatan.[3] Ia terkenal untuk buahnya yang boleh dimakan. Nama umum untuk pokok ini termasuk:
- bahasa Sanskrit: amalaka
- bahasa Hindi: amla
- bahasa Tamil: nelli
Pokok melaka | |
---|---|
Sebatang pokok melaka | |
buah | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | Phyllanthaceae |
Genus: | Phyllanthus |
Spesies: | P. emblica |
Nama binomial | |
Phyllanthus emblica | |
Sinonim[3] | |
|
serta aonla, aola, amalaki, amla berry, dharty, aamvala, aawallaa, emblic, emblic myrobalan, nellikai, nillika, dan usareekai.
Lebih banyak cendikiawan dan ahli sejarah bersetuju pada hari ini bahawa negeri Melaka memperoleh namanya daripada nama pokok ini. Jalan fikiran mereka berasas daripada tabiat penduduk tempatan pada masa itu yang suka menamakan tempat mengikuti nama pokok ataupun tumbuhan. Banyak pokok melaka pada masa itu bertumbuh di tebing Sungai Air Lereh.