Bahasa Melayu Negeri Sembilan
Dialek dalam rumpun bahasa Minangkabauik yang dituturkan di Negeri Sembilan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Melayu Negeri Sembilan (Tulisan Jawi: بهاس ملايو نݢري سمبيلن, juga dikenali sebagai Baso Nogoghi atau Baso Nismilan) ialah satu dialek bahasa atau loghat bahasa Minangkabau yang digunakan di Negeri Sembilan, dan bahagian utara Melaka di daerah Alor Gajah, Malaysia. Dialek Melayu Negeri Sembilan ini ialah satu bahasa dalam rumpun Minangkabauik kerana banyak dipengaruhi oleh bahasa tuturan suku Minangkabau, asal usul nenek moyang kebanyakan penduduk Negeri Sembilan.
Fakta Segera Asli kepada, Kawasan ...
Bahasa Melayu Negeri Sembilan | |
---|---|
Baso Nogoghi | |
Asli kepada | Negeri Sembilan |
Kawasan | Negeri Sembilan, utara Melaka |
Penutur bahasa | 508,000 (populasi etnik) (2004) |
Austronesia
| |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | zmi |
Glottolog | nege1240 |
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA. |
Tutup