Azrinaz Mazhar Hakim
Bekas Isteri Sultan Brunei / From Wikipedia, the free encyclopedia
Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar (lahir 28 September 1979) merupakan bekas personaliti media dan jurnalis yang pernah berkhidmat sebagai wartawan untuk stesen penyiaran televisyen swasta pertama Malaysia TV3. Beliau adalah bekas isteri ke-3 kepada Sultan Brunei ke-29 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah, dengan terasul "Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar"
Di dalam nama orang Melayu, tiada nama keluarga. Nama Hakim Mazhar merupakan nama bapa, dan orang berkenaan harus dirujuk oleh nama yang diberikan, Azrinaz Mazhar. Perkataan terbitan Arab "bin" atau "binti"/"binte" (sekiranya digunakan) masing-masing bermaksud 'anak lelaki kepada' atau 'anak perempuan kepada'.
Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Azrinaz Mazhar | |
---|---|
Kelahiran | Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar (1979-09-28) 28 September 1979 (umur 44) |
Warganegara | Malaysia |
Pendidikan | Diploma Penyiaran |
Pusat pendidikan | Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) |
Pekerjaan | Wartawan penyiaran/jurnalis |
Pasangan | Sultan Hassanal Bolkiah (k. 2005; c. 2010) Fairos Khan bin Abdul Hamid (k. 2018) |
Anak-anak | Pengiran Muda Abdul Wakeel Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah Areesya Malaykha Atheera Medinah |
Ibu bapa | Hakim Mazhar bin Mohammad Johar Fauziah binti Abdullah Mansoor |
Tutup