Atilla
From Wikipedia, the free encyclopedia
Atilla Si Hun (Ic. Atle, Atli; Ge. Etzel; c. 406–453) merupakan raja Huns terakhir dan paling berkuasa di Eropah. Dia memerintah empayar terbesar di Eropah ketika itu, bermula dari tahun 434 sehingga kematiannya. Empayarnya mengunjur dari Eropah Tengah ke Laut Hitam dan dari Sungai Danube ke Laut Baltik. Semasa pemerintahannya, dia merupakan musuh ketat bagi Empayar Rom Timur dan Barat: dia menceroboh Balkan sebanyak dua kali dan bertindak mengepung Constantinople ketika pencerobohan kali kedua. Dia memasuki Perancis sehingga Orleans sebelum diundurkan dalam Pertempuran Chalons; dan dia mengusir maharaja Rom Barat Valentinian III dari ibu negerinya di Ravenna pada tahun 452.
Attila | |
---|---|
Pemerintah Empayar Hunnik | |
Pemerintahan | 434–453 |
Keputeraan | unknown |
Mangkat | 453 |
Dimakamkan | Tidak diketahui |
Pendahulu | Bleda dan Rugila |
Pengganti | Ellac |
Pasangan | Kreka |
Ayahanda | Mundzuk |
Agama | Tidak diketahui |
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Atilla (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Walaupun empayarnya berkubur selepas kematiannya, dan dia tidak meninggalkan apa-apa warisan, dia kekal sebagai legenda dalam sejarah Eropah. Di kebanyakan negara Eropah Barat, dia diingati sebagai kemuncak (epitome) kerakusan dan kekejaman. Sesetengah sejarawan menonjolkannya sebagai raja agung yang bangsawan, dan dia memainkan peranan penting sebagai salah satu[[:]] dalam tiga saga Norse.